Azahari Husin

Dr Azahari Husin di gelar sebagai Demolition Man di Malaysia, beliau juga merupakan buruan yang paling dikehendaki oleh pihak berkuasa Malaysia dan Indonesia.

1970-an Azahari Husin belajar di Adelaide, Australia ketika berumur 17 tahun.

Kemudian belajar di Adelaide University selama 4 tahun tapi gagal dalam kursus kejuruteraan sebelum belajar dan meneruskan kursus beliau di Britain.

1990 Dr Azahari Husin belajar di Reading University, Britain sehingga mendapat PhD dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Tapi pihak Universiti Reading menyatakan tesis Azahari Husin sebenarnya pengurusan tanah dan harga rumah di Malaysia pada 1980-an.

Dia dikenali juga sebagai Azar. Dr Peter Byme selalu tutor beliau menyatakan Azahari Husin seorang pendiam.

Di Britain, dia berhadapan dengan kesukaran kerana isterinya Noraini menderita sakit kanser kerongkong yang serius. Namun telah pulih tetapi tiada suara.

Menjadi pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia di Skudai, Johor. Beliau merupakan pemimpin Jemaah Islamiah. Dia ada menulis buku tentang 'multiple regression analysis' yang sangat profesional. Dalam kelas, beliau tidak bercakap pun tentang perjuangan agama.

1991 Azahari berkenalan dengan Abu Bakar Basyir dan Hambali @ Riduan Hisamuddin di Skudai, Johor yang memimpin Jemaah Islamiah.

Dr Azahari terlibat dengan Sekolah Tarbiyah Islamiyah Luqmanul Hakiem di Ulu Tiram, Johor yang dipelopori oleh Abu Bakar Basyir dan Abdullah Sungkar. Dr Azahari salah seorang lembaga pengarah sekolah tersebut. Pengarah sekolah itu ialah Noordin Mohamad Top, iaitu bekas pelajar Dr Azahari di UTM.

Beliau menulis manual cara-cara membuat bom untuk Jemaah Islamiah. Beliau terpanggil untuk jihad , menentang Kristian di Filipina dan Indonesia. Mereka bercita-cita mendirikan sistem pemerintahan Khalifah di Asia Tenggara.

1980-an dan 1990-an beliau pernah berjuang di Afghanistan dalam perang suci menentang penjajah Rusia. Beliau mendapat latihan perang gerila Mujahidin di Akademi Sadaa, berdekatan sempadan Afghanistan.

1999 Azahari Husin ke Mindanao , Filipina. Di sana beliau melatih penggunaan dan pembuatan senjata dan letupan.

Fathur Rahman Al Ghozi atau 'Mike the Bomber' membina laman web tentang cara-cara membuat letupan. Fathur Rahman dapat lepaskan diri dari penjara Manila. Dr Azahari dan Fathur Rahman mendapat latihan di Kandahar , Afhanistan selama 2 bulan tentang cara -cara mebuat bom.

Dr Azahari Husin bersama Noordin menyertai Thoifah Muqotilah iaitu unit tentera dalam Jemaah Islamiah. Markas mereka di Poso , pulau Sulawesi.

Azahari Husin gagal ditangkap kerana bergerak dari rumah ke rumah setiap hari.

Azahari Husin bekerjasama dengan Noordin Mohammad Top , Zulkarnaen dan pakar elektronik Dulmatin( Noval / Genius ).

Dr Azahari Hussin merancang menggunakan 4 tan ammonium nitrate yang diisi dalam trak untuk serangan. Ammonium nitrate itu disorokkan di ladang pisang di Kluang , Johor. Kemudian mungkin dipindahkan ke Mojokerto, Jawa Timur pada bulan Julai.

Ketika serbuan di Pekanbaru , Semarang dan Jakarta , polis Indonesia menjumpai bahan TNT , detonator dan kaset. Beberapa jadual tugasan kerja terhadap gereja turut ditemui. Turut ditemui 25 potassium chlorate dan kepala pelancar roket. Suyonoa Yuda yang mendapat latihan di Afganistan turut ditahan.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search